Ahlan Wasahlan..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Masa Itu Emas

Thursday, November 12, 2009

Dugaan Hidup Yang Tertulis..

Salam...

Kesabaran aku teruji apabila ukhuwah yang aku bina selama ini dengan kawan-kawan aku terpaksa di berhentikan di pertengahan jalan...(xnk kasitau penyebab kerana xnak aibkan sesiapa..)

Selama bertahun-tahun aku berkawan dengan mereka...tapi hanya dengan sedikit masalah hubungan kami terus menjadi renggang..Pada mula-mula ia terjadi, aku sedih, sakit hati, kecewa...
tapi...lama -kelamaan..
aku tahu bahawa ALLAH sedang menguji hambaNYA...
aku tahu aku sedang di uji di dunia ini..
ALLAH telah berfirman: DIA menjadikan adanya hidup dan mati untuk di uji, siapa yang lebih baik amalannya di antara kamu, DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun..
(Surah Al-Mulk ayat 2)
apabila aku terbaca firman ini aku mula tahu bahawa manusia ini hidup dan matinya akan di uji oleh ALLAH...

tapi aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya...
aku mula berubah ke arah yang lebih baik...aku jadi lebih kuat menghadapi segala dugaan yang melanda...

Biarpun sekarang aku hidup bersendiri tanpa mereka....tapi aku bersyukur kerana aku di kurniakan kawan yang lebih ramai..biarpun mereka tidak menjadi sahabat aku tapi mereka boleh menjadi peneman aku untuk aku berhibur biarpun sedikit...aku redha jika ini yang tertulis di suratan takdir..

Aku sendiri sekarang ini...tanpa sahabat sejati di sisi..yang selalu ada untuk masa senang dan susahku.. aku ingin sekali merasa mempunyai sahabat yang boleh aku berkongsi masalah n kegembiraan..tapi di mana???
mungkin susah tapi entahlah...siapalah yang sudi menjadi sahabat aku...
aku insan hina...nak kata aku cantik jauh sekali...ushhh...
Padahal darjat manusia hanya sama yang membezakannya hanya keaqwaan kepada ALLAH..
manusia sekarang hanya mencari sahabat yang cantik rupa parasnya...yang perfect...
tapi aku tak mampu menjadi begitu...
hanya ALLAH tempat aku mengadu sekarang ini...
Ya ALLAH aku bersyukur dengan apa yang KAU berikan...

sesungguhnya aku memang bersendirian sekarang ini...tiada yang menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk aku berjuang di dunia ini untuk mengejar akhirat..

But aku hope aku dapat jumpa SAHABAT SEJATI suatu hari nanti...

"Ya ALLAH sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMU tapi aku tidak mahu ke nerakaMu.. Jadi KAU bantulah aku untuk menjadi orang yang bertaqwa agar dapat aku menghuni syurgaMU..."

WASSALAM....

Dugaan Seorang Hamba ALLAH..


Hati ku pernah terguris dan terluka.. Dengan tohmahan yang menghiris diri.. Sehingga terasa ini hina tidak berguna.. Kerana tiada siapa yang sudi membela.. Ku kuatkan hatiku untuk mengharungi hidup.. Biarpun aku keseorangan tiada siapa yang menemani.. Aku keseorangan di dunia ini.. Ditinggalkan oleh orang yang selama ini aku percayai.. Namun aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya.. Setiap masalah yang menimpa diri.. Ku serahkan segalanya padaMu Tuhan Yang Maha Berkuasa jua mencipta.. Kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui Segala yang tersurat di hatiku.. Ya ALLAH aku tidak lagi berdaya.. Menahan dugaan yang Engkau berikan ini.. Terasa bagai nokhtah hidup telah ku temui.. Untuk mengakhiri segala yang telah aku mulai.. Ya ALLAH Engkau lindungilah aku.. Kurniakanlah daku dengan kekuatan dan ketaqwaan iman.. Agar aku kuat dan tabah menghadapi ujian.. Agar tidak akan putus asa di pertengahan.. Kini aku berdiri di sini.. Bersama sejuta harapan yang tulus suci.. Agar terbitlah mentari pagi.. Setelah malamku berkalut benci.. Aku redha dengan segala yang Engkau berikan.. Kerana aku tahu Engkau sedang menguji keimanan aku.. Aku harap aku dapat berdiri teguh.. Aku harap aku pandai untuk berdiri semula setelah rebah di perjalanan..

P\S : Sumber dari lagu nasyid De Hearty - pasrah segalanya

Seindah Perhiasan Dunia ialah WANITA SOLEHAH..





..Mampukah ku menjadi seperti Siti Khadijah?

..Agung cintanya kepada Allah & Rasulullah..
..Hartanya di perjuangkan ke jalan fisabilillah..
..penawar hati kekasih Allah..
..susah senang rela bersama...

..dapatkan ku didik jiwa seperti Siti Aisyah??
..isteri Rasulullah yang bijak..
..pendorong kesusahan dan penderitaan..
..tiada sukar untuk di laksanakan..

..mengalir air mataku..
..melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah..
..akur dalam setiap perintah..
..taat dengan Abuyanya yang sntiasa berjuang..
..tiada miliki harta dunia..
..lyaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

..ketika aku marah..
...inginku intip serpihan sabar..
..dr catatan diari hidup Siti Sarah..

..Tabahkan jiwaku..
..setabah umi Nabi Ismail..
..mengendong bayinya yang masih merah..
..mencari air penghilang dahaga..
..di terik padang pasir merak..
..di tinggalkan suami akur tanpa bantah..
..pengharapnya hanya pada Allah..
..itulah wanita Siti Hajar..

..mampukah aku berjihad di jalan ALLAH..
..sanggup bergadai nyawa menjadi mujahidah..
..demi pertahankan agama tercinta..
..seperti yang dilakukan Summayyah..

..mampukah aku jadi wanita solehah???
..mati dalam keunggulan iman..
..pergi dengan kekuatan taqwa..
..bersinar indah harum tersebar..
..bagai wanginya pusara Marsyitah..

p\s : x ingat ambil mana artikel ni but thanks kerana artikel amat memberi kesan kepada saya..