Ahlan Wasahlan..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Masa Itu Emas

Thursday, November 12, 2009

Dugaan Hidup Yang Tertulis..

Salam...

Kesabaran aku teruji apabila ukhuwah yang aku bina selama ini dengan kawan-kawan aku terpaksa di berhentikan di pertengahan jalan...(xnk kasitau penyebab kerana xnak aibkan sesiapa..)

Selama bertahun-tahun aku berkawan dengan mereka...tapi hanya dengan sedikit masalah hubungan kami terus menjadi renggang..Pada mula-mula ia terjadi, aku sedih, sakit hati, kecewa...
tapi...lama -kelamaan..
aku tahu bahawa ALLAH sedang menguji hambaNYA...
aku tahu aku sedang di uji di dunia ini..
ALLAH telah berfirman: DIA menjadikan adanya hidup dan mati untuk di uji, siapa yang lebih baik amalannya di antara kamu, DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun..
(Surah Al-Mulk ayat 2)
apabila aku terbaca firman ini aku mula tahu bahawa manusia ini hidup dan matinya akan di uji oleh ALLAH...

tapi aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya...
aku mula berubah ke arah yang lebih baik...aku jadi lebih kuat menghadapi segala dugaan yang melanda...

Biarpun sekarang aku hidup bersendiri tanpa mereka....tapi aku bersyukur kerana aku di kurniakan kawan yang lebih ramai..biarpun mereka tidak menjadi sahabat aku tapi mereka boleh menjadi peneman aku untuk aku berhibur biarpun sedikit...aku redha jika ini yang tertulis di suratan takdir..

Aku sendiri sekarang ini...tanpa sahabat sejati di sisi..yang selalu ada untuk masa senang dan susahku.. aku ingin sekali merasa mempunyai sahabat yang boleh aku berkongsi masalah n kegembiraan..tapi di mana???
mungkin susah tapi entahlah...siapalah yang sudi menjadi sahabat aku...
aku insan hina...nak kata aku cantik jauh sekali...ushhh...
Padahal darjat manusia hanya sama yang membezakannya hanya keaqwaan kepada ALLAH..
manusia sekarang hanya mencari sahabat yang cantik rupa parasnya...yang perfect...
tapi aku tak mampu menjadi begitu...
hanya ALLAH tempat aku mengadu sekarang ini...
Ya ALLAH aku bersyukur dengan apa yang KAU berikan...

sesungguhnya aku memang bersendirian sekarang ini...tiada yang menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk aku berjuang di dunia ini untuk mengejar akhirat..

But aku hope aku dapat jumpa SAHABAT SEJATI suatu hari nanti...

"Ya ALLAH sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMU tapi aku tidak mahu ke nerakaMu.. Jadi KAU bantulah aku untuk menjadi orang yang bertaqwa agar dapat aku menghuni syurgaMU..."

WASSALAM....

2 comments:

  1. ” Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (2:216)

    ReplyDelete