Ahlan Wasahlan..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Masa Itu Emas

Thursday, November 12, 2009

Dugaan Seorang Hamba ALLAH..


Hati ku pernah terguris dan terluka.. Dengan tohmahan yang menghiris diri.. Sehingga terasa ini hina tidak berguna.. Kerana tiada siapa yang sudi membela.. Ku kuatkan hatiku untuk mengharungi hidup.. Biarpun aku keseorangan tiada siapa yang menemani.. Aku keseorangan di dunia ini.. Ditinggalkan oleh orang yang selama ini aku percayai.. Namun aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya.. Setiap masalah yang menimpa diri.. Ku serahkan segalanya padaMu Tuhan Yang Maha Berkuasa jua mencipta.. Kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui Segala yang tersurat di hatiku.. Ya ALLAH aku tidak lagi berdaya.. Menahan dugaan yang Engkau berikan ini.. Terasa bagai nokhtah hidup telah ku temui.. Untuk mengakhiri segala yang telah aku mulai.. Ya ALLAH Engkau lindungilah aku.. Kurniakanlah daku dengan kekuatan dan ketaqwaan iman.. Agar aku kuat dan tabah menghadapi ujian.. Agar tidak akan putus asa di pertengahan.. Kini aku berdiri di sini.. Bersama sejuta harapan yang tulus suci.. Agar terbitlah mentari pagi.. Setelah malamku berkalut benci.. Aku redha dengan segala yang Engkau berikan.. Kerana aku tahu Engkau sedang menguji keimanan aku.. Aku harap aku dapat berdiri teguh.. Aku harap aku pandai untuk berdiri semula setelah rebah di perjalanan..

P\S : Sumber dari lagu nasyid De Hearty - pasrah segalanya

No comments:

Post a Comment