Ahlan Wasahlan..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Masa Itu Emas

Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Korban...Disambut Meriah...

Nabi Ismail sebagai Qurban

Nabi Ibrahim dari semasa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kotadan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya". Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

..........................................................................................................................................................................

Pada tanggal 27 Nov...Seluruh rakyat Malaysia telah menyambut Hari Raya Korban...dan Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menjalankan korban dengan lancar...cuaca yang selalunya hujan..tapi hari tu cuaca amat baik sekali..

Walaupun ianya tidak semeriah tahun lepas tapi kami masih bersyukur kerana ALLAH memberikan kami rezeki kerana dapat melaksanakan ibadah korban...

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail dapat kita jadikan iktibar...Bahawa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim yang saggup menyembelih puteranya Nabi Ismail kerana taat kepada ALLAH..Nabi Ismail pun ape kurangnya sanggup di jadikan korban untuk taat kepada ALLAH yang Satu...Alhamdulillah..Menitiknya air mata Nabi Ibrahim Apabila perlu mengorbankan puteranya Nabi Ismail..

Betapa besarnya ujian ALLAH kepada Nabi Ibrahim sekeluarga tapi mereka hadapi dengan iman yang mantap..

Kita sudah rebah apabila menerima ujian sedikit..Bangunlah dan tabah untuk meneruskan perjuangan di jalan ALLAH..



Putra n Lembu yang akan dikorbankan..

Tulang lembu...

...Lembu di lapah oleh orang kampung...

Lembu lepas disembelih...


Lembu sebelum disembelih
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua...

Thursday, November 19, 2009

Jamuan Akhir Tahun..Best...


Ramai-ramai posing...Kenangan Indah

Anne,r-yah,yeen...Terima Hadiah Kenangan...

Hadiah Kenangan 4ub...The Best la...

Antara Pelajar 4ub...


Hari Rabu..11.11.2009...Jamuan Akhir Tahun...

thankz untuk umi Ustazah Sharifah Mahmud..jasamu di kenang...

Tahun ni tahun paling seronok sekali...jamuan yang paling meriah..hehehe...
Kami makan nasi tomato n banyak lagi makanan ringan...hehehe..thankz for the sponsor..

Terima kasih pada semua team 4ub yang terlibat dalam mengatur jamuan ni..yang cooperate untuk menjayakannya...

special thanks untuk raisah r-yah yang tak jemu-jemu dengan macam-macam perangai budak-budak 4ub ni..hehehe..(kelas paling cerewet n ngada-ngada dalam ting 4..hehe..jangan marah)..

thanks wat dayu,miah,r-tin,mera,biah,seera,ckin,na,anne dan pada yeen dri ana sendiri...yang sudi meluangkan masa n tenaga untuk menjayakan jamuan ni...
Tahun ni best sangat...tanpa korang ntahla...

Sape yang rasa makan 'free' tu...sila-silalah jelaskan hutang anda...hehehe
"hutang mesti di bayar..kalu tak dosa"huhuhuhuhu

Yang buruk datang dari kami yang baik hanya dari ALLAH SWT...




SPM dah bermula...

Tarikh 18 Nov....SPM menjelma...

gud luck wat sume kengkawan ana yang sedang bertarung dalam dewan peperiksaan tu urk...
wat kak yam, kak ika, kak jah, kak yaa, kak mimi, kak rock, kak umi, kak fatin, kak nabihah, kak tirah, kak hajar che n kak hajar makhtar,kak jue,kak pika......n sume lah kak form 5 yang kenal yeen...hehehe
nak sebut sume banyak sangat...lebih detail sume student form 5 kat MMPP tu..huhuhu
harungkan nama MMPP sekali lagi ek...gogogo!!!!

Ya ALLAH berikanlah kejayaan kepada kami di dunia mahupun di akhirat agar kami bahagia dan sentiasa bersyukur hidup di bumi MU dengan memperoleh redhaMU....AMIN..

semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan...

teristimewa wat ABANG ana yo@ijat n wat sepupu ana Kak aten... Gud Luck...

p\s: kalu boleh result come jangan lupe yeen kat sini ek...


Sedih....

Ana sedih...kerana ape..?? ape yang di hajati tak tercapai...huhuhu...
erm kadang-kadang apa yang kita nak tak selalunya dapatkan...cedihhhhhhhh....
mula-mula sakit hati la jugak...tapi lama-lama...dah redha la...nak wat camne...bukan kita yang berkuasa...hanya mampu berdoa di lembutkan hati parents ana tu untuk pertimbangkan balik apa yang ana mintak tu...moga-moga impian yang dah malap tu akan bercahaya kembali...AMIN...
insyaALLAH...

Monday, November 16, 2009

Semangat ana Kembali Membara...



Hari ini ana ke sekolah dengan penuh rasa semangatlah jugak coz ada ceramah kat sekolah yang berkisahkan AURAT...Ternyata tak sia-sia ana pergi ke sekolah hari ini..boleh gak ilmu yang boleh di manfaatkan...insyaALLAH...
Topik aurat tu telah kembali mengingatkan ana pasal perbatasan aurat ana dengan ALLAH dan juga manusia...dan di sebabkan ceramah itu dapat meyakinkan ana untuk terus beristiqomah dalam mengenakan uniform ALLAH..iaitu bertudung labuh dan berpakaian menutup aurat..
Selama ini ana terlalu taksub dengan dunia, sampaikan ana lupa akan azab ALLAH..tp ALHAMDULILLAH sekarang ALLAH masih menyayangi ana dengan menyedarkan dan memberi hidayah pada ana...
Ana masih lagi meraba-raba mencari apa patut ana lakukan..Adakah up to date ngan dunia sekarang atau teruskan niat ana untuk menukar imej kepada muslimah..
tapi...ana tak tahu kalau ana menukar imej ana menjadi muslimah..apa kata orang..???
Tapi ustazah yang bagi ceramah tu cakap jika kita mengenakan tudung labuh..orang kata tak cantik itu adalah orang yang tidak kuat imannya..dan ianya cantik di pandangan orang yang mantap imannya dan cantik pada pandangan ALLAH SWT..
Ana tak ada sokongan untuk meneruskan niat ana tu...ana tak tahu...
tapi lepas jer ana dengar ceramah tu..insyaALLAH ana tekad dan nekad ana nak teruskan juga niat ana untuk menukar imej ana tu...ana tak kira orang nak kata apa...yang penting diri ana terpelihara dari maksiat...insyaALLAH...ana akan keep doa pada ALLAH supaya ALLAH sentiasa memberi hidayah pada ana untuk terus menjadi wanita solehah...AMIN...Jadi semangat ana kembali membara untuk istiqomah untuk menjadi muslimah...



-------------------------------------------------------------------------------------------------
Salah faham umat Islam dalam menutup aurat..
1. Tutup aurat itu dikira sebagai memakai tudung sahaja
2. Bertudung tapi pakai baju lengan pendek
3. Pakai kain tapi terbelah menampakkan susuk badan
4. Baju ketat dan nipis
5. Bertudung tapi nampak rambut
6. Bertudung apabila hendak keluar rumah atau hendak pergi ke pejabat atau majlis-majlis tertentu(tidak tutup aurat jika ada yang bukan mahram datang ke rumah)
7. Menyibar atau menyimpang tudung menampakkan dada
8. Tudung nipis

p\s: peringatan untuk muslimah dan juga diri ana sendiri...

Firman ALLAH dalam Surah Al-Ahzab...
" Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukminin agar melabuhkan jilbabnya ke seluruh badannya. Yang demikian itu agar mereka lebih nudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. dan ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang"

Sesungguhnya agama Islam memerintahkan setiap orang muslim agar mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri, kemudian menghindarkan mereka dari keburukan sebagaimana ia menghindarkan diri daripada nasihat-menasihati demi mentaati kebenaran yang telah didatangkan oleh ALLAH melalui RasulNYa, baik berupa perintah mahupun larangan,dengan hati yang ikhlas mematuhinya...

Ya ALLAH, sesungguhnya jauhkanlah kami dari melakukan maksiat dan benda-benda yang boleh mendatangkan kemurkaanMU...

Saturday, November 14, 2009

Betapa Pentingnya Peranan Ibu dalam Hidup...

Salam...
Pada Jam 09 00...aku dah siap sedia kat depan tv untuk tengok cerita favourite aku, aku rasa semua orang tahu iaitu NUR KASIH...erm cerita makin lama makin best r plak...
Tapi yang tak bestnya ngan watak Sarah tu yang always jadi penghasut dan cuba menghancurkan rumah tangga Aidil n Aliya...
Pe pun be the best la Khabir Bhatia...citer yang bagus...


Erm sebenarmya aku nak citer ni bukan pasal Nur Kasih tapi lepas jer tengok citer Nur Kasih tu..
Aku sambung baca buku about doa ibu yang pasti di kabulkan...

Buku tu sangat membuatkan aku celek mata bahawa besarnya peranan seorang ibu dalam hidup kita...
Buku tu menceritakan bahawa doa setiap ibu pasti di kabulkan...
Menangis aku baca buku tu...
Buku itu juga menceritakan tentang Hanah, ibu kepada Maryam yang mendoakan anaknya supaya menjadi anak yang taat kepada ALLAH...dan banyak lagi cerita dan pengajaran yang boleh di dapati...

Kesimpulannya,
Sesiapa yang dah bergelar ibu atau bakal bergelar ibu mestilah menjaga setiap tutur kata atau doa kepada anak-anaknya kerana setiap doa ibu pasti di kabulkan....insyaALLAH...
Walau seburuk mana pun perangai anaknya, doakanlah kebaikan untuk anaknya...
Jika anaknya sudah taat kepada ALLAH, doakanlah agar mereka terus taat dan istiqomah kepada ALLAH...

"Ibu maafkanlah diri ini jika pernah diri ini melakukan kekhilafan.."

Wasalam...

Thursday, November 12, 2009

Dugaan Hidup Yang Tertulis..

Salam...

Kesabaran aku teruji apabila ukhuwah yang aku bina selama ini dengan kawan-kawan aku terpaksa di berhentikan di pertengahan jalan...(xnk kasitau penyebab kerana xnak aibkan sesiapa..)

Selama bertahun-tahun aku berkawan dengan mereka...tapi hanya dengan sedikit masalah hubungan kami terus menjadi renggang..Pada mula-mula ia terjadi, aku sedih, sakit hati, kecewa...
tapi...lama -kelamaan..
aku tahu bahawa ALLAH sedang menguji hambaNYA...
aku tahu aku sedang di uji di dunia ini..
ALLAH telah berfirman: DIA menjadikan adanya hidup dan mati untuk di uji, siapa yang lebih baik amalannya di antara kamu, DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun..
(Surah Al-Mulk ayat 2)
apabila aku terbaca firman ini aku mula tahu bahawa manusia ini hidup dan matinya akan di uji oleh ALLAH...

tapi aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya...
aku mula berubah ke arah yang lebih baik...aku jadi lebih kuat menghadapi segala dugaan yang melanda...

Biarpun sekarang aku hidup bersendiri tanpa mereka....tapi aku bersyukur kerana aku di kurniakan kawan yang lebih ramai..biarpun mereka tidak menjadi sahabat aku tapi mereka boleh menjadi peneman aku untuk aku berhibur biarpun sedikit...aku redha jika ini yang tertulis di suratan takdir..

Aku sendiri sekarang ini...tanpa sahabat sejati di sisi..yang selalu ada untuk masa senang dan susahku.. aku ingin sekali merasa mempunyai sahabat yang boleh aku berkongsi masalah n kegembiraan..tapi di mana???
mungkin susah tapi entahlah...siapalah yang sudi menjadi sahabat aku...
aku insan hina...nak kata aku cantik jauh sekali...ushhh...
Padahal darjat manusia hanya sama yang membezakannya hanya keaqwaan kepada ALLAH..
manusia sekarang hanya mencari sahabat yang cantik rupa parasnya...yang perfect...
tapi aku tak mampu menjadi begitu...
hanya ALLAH tempat aku mengadu sekarang ini...
Ya ALLAH aku bersyukur dengan apa yang KAU berikan...

sesungguhnya aku memang bersendirian sekarang ini...tiada yang menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk aku berjuang di dunia ini untuk mengejar akhirat..

But aku hope aku dapat jumpa SAHABAT SEJATI suatu hari nanti...

"Ya ALLAH sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMU tapi aku tidak mahu ke nerakaMu.. Jadi KAU bantulah aku untuk menjadi orang yang bertaqwa agar dapat aku menghuni syurgaMU..."

WASSALAM....

Dugaan Seorang Hamba ALLAH..


Hati ku pernah terguris dan terluka.. Dengan tohmahan yang menghiris diri.. Sehingga terasa ini hina tidak berguna.. Kerana tiada siapa yang sudi membela.. Ku kuatkan hatiku untuk mengharungi hidup.. Biarpun aku keseorangan tiada siapa yang menemani.. Aku keseorangan di dunia ini.. Ditinggalkan oleh orang yang selama ini aku percayai.. Namun aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya.. Setiap masalah yang menimpa diri.. Ku serahkan segalanya padaMu Tuhan Yang Maha Berkuasa jua mencipta.. Kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui Segala yang tersurat di hatiku.. Ya ALLAH aku tidak lagi berdaya.. Menahan dugaan yang Engkau berikan ini.. Terasa bagai nokhtah hidup telah ku temui.. Untuk mengakhiri segala yang telah aku mulai.. Ya ALLAH Engkau lindungilah aku.. Kurniakanlah daku dengan kekuatan dan ketaqwaan iman.. Agar aku kuat dan tabah menghadapi ujian.. Agar tidak akan putus asa di pertengahan.. Kini aku berdiri di sini.. Bersama sejuta harapan yang tulus suci.. Agar terbitlah mentari pagi.. Setelah malamku berkalut benci.. Aku redha dengan segala yang Engkau berikan.. Kerana aku tahu Engkau sedang menguji keimanan aku.. Aku harap aku dapat berdiri teguh.. Aku harap aku pandai untuk berdiri semula setelah rebah di perjalanan..

P\S : Sumber dari lagu nasyid De Hearty - pasrah segalanya

Seindah Perhiasan Dunia ialah WANITA SOLEHAH..





..Mampukah ku menjadi seperti Siti Khadijah?

..Agung cintanya kepada Allah & Rasulullah..
..Hartanya di perjuangkan ke jalan fisabilillah..
..penawar hati kekasih Allah..
..susah senang rela bersama...

..dapatkan ku didik jiwa seperti Siti Aisyah??
..isteri Rasulullah yang bijak..
..pendorong kesusahan dan penderitaan..
..tiada sukar untuk di laksanakan..

..mengalir air mataku..
..melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah..
..akur dalam setiap perintah..
..taat dengan Abuyanya yang sntiasa berjuang..
..tiada miliki harta dunia..
..lyaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

..ketika aku marah..
...inginku intip serpihan sabar..
..dr catatan diari hidup Siti Sarah..

..Tabahkan jiwaku..
..setabah umi Nabi Ismail..
..mengendong bayinya yang masih merah..
..mencari air penghilang dahaga..
..di terik padang pasir merak..
..di tinggalkan suami akur tanpa bantah..
..pengharapnya hanya pada Allah..
..itulah wanita Siti Hajar..

..mampukah aku berjihad di jalan ALLAH..
..sanggup bergadai nyawa menjadi mujahidah..
..demi pertahankan agama tercinta..
..seperti yang dilakukan Summayyah..

..mampukah aku jadi wanita solehah???
..mati dalam keunggulan iman..
..pergi dengan kekuatan taqwa..
..bersinar indah harum tersebar..
..bagai wanginya pusara Marsyitah..

p\s : x ingat ambil mana artikel ni but thanks kerana artikel amat memberi kesan kepada saya..