Ahlan Wasahlan..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Masa Itu Emas

Monday, November 16, 2009

Semangat ana Kembali Membara...



Hari ini ana ke sekolah dengan penuh rasa semangatlah jugak coz ada ceramah kat sekolah yang berkisahkan AURAT...Ternyata tak sia-sia ana pergi ke sekolah hari ini..boleh gak ilmu yang boleh di manfaatkan...insyaALLAH...
Topik aurat tu telah kembali mengingatkan ana pasal perbatasan aurat ana dengan ALLAH dan juga manusia...dan di sebabkan ceramah itu dapat meyakinkan ana untuk terus beristiqomah dalam mengenakan uniform ALLAH..iaitu bertudung labuh dan berpakaian menutup aurat..
Selama ini ana terlalu taksub dengan dunia, sampaikan ana lupa akan azab ALLAH..tp ALHAMDULILLAH sekarang ALLAH masih menyayangi ana dengan menyedarkan dan memberi hidayah pada ana...
Ana masih lagi meraba-raba mencari apa patut ana lakukan..Adakah up to date ngan dunia sekarang atau teruskan niat ana untuk menukar imej kepada muslimah..
tapi...ana tak tahu kalau ana menukar imej ana menjadi muslimah..apa kata orang..???
Tapi ustazah yang bagi ceramah tu cakap jika kita mengenakan tudung labuh..orang kata tak cantik itu adalah orang yang tidak kuat imannya..dan ianya cantik di pandangan orang yang mantap imannya dan cantik pada pandangan ALLAH SWT..
Ana tak ada sokongan untuk meneruskan niat ana tu...ana tak tahu...
tapi lepas jer ana dengar ceramah tu..insyaALLAH ana tekad dan nekad ana nak teruskan juga niat ana untuk menukar imej ana tu...ana tak kira orang nak kata apa...yang penting diri ana terpelihara dari maksiat...insyaALLAH...ana akan keep doa pada ALLAH supaya ALLAH sentiasa memberi hidayah pada ana untuk terus menjadi wanita solehah...AMIN...Jadi semangat ana kembali membara untuk istiqomah untuk menjadi muslimah...



-------------------------------------------------------------------------------------------------
Salah faham umat Islam dalam menutup aurat..
1. Tutup aurat itu dikira sebagai memakai tudung sahaja
2. Bertudung tapi pakai baju lengan pendek
3. Pakai kain tapi terbelah menampakkan susuk badan
4. Baju ketat dan nipis
5. Bertudung tapi nampak rambut
6. Bertudung apabila hendak keluar rumah atau hendak pergi ke pejabat atau majlis-majlis tertentu(tidak tutup aurat jika ada yang bukan mahram datang ke rumah)
7. Menyibar atau menyimpang tudung menampakkan dada
8. Tudung nipis

p\s: peringatan untuk muslimah dan juga diri ana sendiri...

Firman ALLAH dalam Surah Al-Ahzab...
" Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukminin agar melabuhkan jilbabnya ke seluruh badannya. Yang demikian itu agar mereka lebih nudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. dan ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang"

Sesungguhnya agama Islam memerintahkan setiap orang muslim agar mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri, kemudian menghindarkan mereka dari keburukan sebagaimana ia menghindarkan diri daripada nasihat-menasihati demi mentaati kebenaran yang telah didatangkan oleh ALLAH melalui RasulNYa, baik berupa perintah mahupun larangan,dengan hati yang ikhlas mematuhinya...

Ya ALLAH, sesungguhnya jauhkanlah kami dari melakukan maksiat dan benda-benda yang boleh mendatangkan kemurkaanMU...

No comments:

Post a Comment